BEBERAPA siri letupan menggegarkan bandar di Ukraine termasuk Kyiv dan Kharkiv hingga menyebabkan bekalan elektrik terputus, lapor Sputnik.
Sekurang-kurangnya lima letupan dilaporkan berlaku di wilayah Kyiv dan Vyshhorod, menurut penyiar Ukraine TSN.
Gabenor wilayah Kharkiv Oleh Synyehubov mengesahkan kejadian itu di Telegram serta mendakwa infrastruktur di bandar itu turut dibedil.
Pada awal semalam amaran serangan udara dikeluarkan di seluruh Ukraine.
Infrastruktur tenaga, komunikasi, pertahanan dan ketenteraan Ukraine menjadi sasaran serangan sejak 10 Okt.
Moscow didakwa melancarkan serangan terhadap Ukraine dua hari selepas pengeboman di Jambatan Crimea dan Russia percaya perbuatan berkenaan didalangi unit khas Ukraine. – Bernama, 1 November, 2022.
Komen