Tony Fernandes letak jawatan CEO AirAsia X


Peletakan jawatan Tony Fernandes sebagai CEO Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini. – Gambar EPA, 31 Oktober, 2022.

TONY Francis Fernandes meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.

Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut.

AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022. – Bernama, 31 Oktober, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen