Vietnam dipilih destinasi bulan madu terbaik


MAJALAH Travel Leisure Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini memilih Vietnam sebagai antara satu daripada 12 destinasi bulan madu paling menakjubkan dan mampu milik untuk pasangan pengantin baharu.

Majalah itu menyebut Vietnam memiliki sesuatu untuk setiap jenis pilihan untuk berbulan madu.

Menurut agensi berita Vietnam (VNA) majalah itu mencadangkan pasangan melawat Valley of Love di Da Lat atau menikmati pemandangan indah gunung Fansipan di Sapa bagi mereka yang suka tanah tinggi.

Bagi pasangan yang mencari bulan madu yang penuh dengan makanan dan budaya, mereka disyorkan untuk ke Hanoi, ibu negara Vietnam.

Pasangan pengantin yang sukakan pantai, spa dan bersantai, Con Dao, sekumpulan pulau di luar pantai menawarkan bulan madu yang dipenuhi pantai pasir putih dan denai indah.

Destinasi ideal lain yang dicadangkan termasuk Belize, Key Largo (Florida, AS), Napa dan Sonoma (California, AS), Bermuda, Jamaica, Mexico, Honolulu (Hawaii, AS), Costa Rica, Portugal, Niagara-on-the-Lake (Ontario, Kanada). – Bernama, 31 Oktober, 2022.              



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen