Bekas presiden Brazil menang pusingan ke-2 pilihan raya presiden


Bekas Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dari Parti Pekerja (PT) memenangi pusingan kedua pemilihan presiden semalam. – Gambar EPA, 31 Oktober, 2022.

BEKAS Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dari Parti Pekerja (PT) memenangi pusingan kedua pemilihan presiden semalam dan akan memulakan tugasnya bermula 1 Januari 2023 untuk penggal empat tahun, lapor Xinhua.

Menurut data dikeluarkan Tribunal Pilihan Raya, Lula da Silva memperoleh 59.8 juta undi (50.86%) mengatasi Presiden semasa Jair Bolsonaro dari Parti Liberal (PL) dengan 57.8 juta undi (49.14%).

Keputusan itu sekali gus mencatatkan kemenangan tipis dalam sejarah pilihan raya presiden Brazil.

Pada pusingan pertama 2 Oktober lalu Lula da Silva memperoleh 48.3% undian berbanding Bolsonaro yang menerima 43.2%.

Dalam kempen pilihan rayanya Lula da Silva menumpukan isu sosial termasuk berikrar melaksanakan kenaikan gaji minimum, pengukuhan syarikat milik kerajaan dan usaha membasmi kelaparan dan kemiskinan. – Bernama, 31 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen