JUMLAH kematian akibat ribut yang melanda Filipina kini melonjak 98, kata agensi bencana negara, dengan harapan tipis untuk menemui mangsa terselamat di kawasan terjejas teruk.
Sebahagian daripada mangsa maut kerana banjir kilat dan tanah runtuh yang berpunca daripada ribut tropika Nalgae yang turut memusnahkan perkampungan di sekitar kepulauan Mindanao pada Jumaat.
Mindanao jarang dilanda taufan tetapi ribut Nalgae berjaya melepasi kepulauan itu, dan menjadikan ia sangat berbahaya.
Jumlah kematian dijanggka meningkat dengan 63 mangsa masih hilang dan sejumlah besar mangsa cedera.
Pasukan penyelamat meredah lumpur dan sisa serpihan untuk mencari mangsa, dengan orang ramai mulai membersihkan rumah masing-masing selepas air surut.
Orang ramai menolak keluar air lumpur dari rumah mereka dan kedai dengan semua perabot dan barangan peribadi dikeringkan di jalan raya di Noveleta, yang terletak di selatan Manila. – AFP, 31 Oktober, 2022.
Komen