SEKURANG-KURANGNYA 120 terbunuh di India selepas jambatan pejalan kaki era penjajah runtuh, menyebabkan berpuluh-puluh mangsa terjatuh ke dalam sungai.
Pihak berkuasa berkata hampir 500 orang termasuk wanita dan kanak-kanak sedang meraikan festival keagamaan di sekitar kawasan jambatan berusia 150 tahun di Morbi, ketika kabel jambatan itu terputus.
Ia menyebabkan jambatan itu runtuh ke dalam sungai, bersama orang ramai yang ada di atasnya. Susulan itu ramai yang terpaksa berpaut kepada sisa runtuhan jambatan itu kerana bimbang dibawa arus.
“Kami temui 120 mayat setakat ini, jumlah mungkin akan meningkat kerana operasi mencari masih diteruskan,” kata Ketua Polis Morbi P. Dekavadiya.
Katanya, lebih 130 orang berjaya diselamatkan.
Jambatan merentasi sungai Machchhu sepanjang 200km di barat bandar utama Gujarat, Ahmedabad itu baru dibuka semua beberapa hari lalu selepas ditutup berbulan lamanya untuk kerja baik pulih.
Jambatan itu sepanjang 233 meter dengan lebar 1.5 meter, mula digunakan pada 1880 oleh pihak berkuasa penjajah Britis dan ia dibuat daripada bahan dibawa khas dari England, kata laporan. – AFP, 31 Oktober, 2022.
Komen