Suami diserang, Pelosi bersedih dan trauma


Polis berkawal di depan rumah Nancy Pelosi susulan serangan terhadap suaminya di rumah mereka di San Francisco awal pagi Jumaat. – Gambar EPA, 31 Oktober, 2022.

SPEAKER Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi berkata beliau dan keluarganya sedih dan trauma dengan serangan ganas dilakukan terhadap suaminya di rumah mereka di California.

Seorang penceroboh masuk ke rumah mereka di San Francisco awal pagi Jumaat dan menyerang suaminya, Paul Pelosi menggunakan tukul besi hingga menyebabkan tengkoraknya mengalami keretakan.

“Anak dan cucuk kami serta saya sendiri sedih dan trauma dengan serangan yang berlaku terhadap suami saya,” katanya di Twitter.

“Kami berterima kasih kerana pihak berkuasa dan perkhidmatan kecemasan bertindak pantas, dan beliau menerima rawatan secepat mungkin.”

Paul, 82, yang menjalani pembedahan dan kini sedang dirawat di hospital – berada sendirian di rumah, kerana isterinya bekerja di Washington.

“Keadaannya kini lebih baik,” kata Pelosi.

Polis San Francisco berkata penerang ditemui di rumah pasangan itu kira-kira 2.30 pagi, di mana dia dan Paul sedang bergelut merebut tukul besi.

Penyerang dikenali sebagai David Depape, 42, dan dijangka didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, serangan dengan senjata berbahaya dan pecah masuk rumah. – AFP, 31 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen