RIBUAN penunjuk perasaan berhimpun di Prague semalam sebagai sokongan kepada Ukraine, yang masih berperang selepas pencerobohan Russia sejak Februari.
Membawa bendera Czech, Ukraine, EU dan Nato, peserta protes dari kedua-dua negara itu berhimpun di Dataran Wenceslas.
“Himpunan ini penting kerana ia adalah sokongan kepada Ukraine dan peringatan yang kita perlu menyokong mereka,” kata pelajar warga Ukraine, Irina Udod.
Republik Czech menghantar bantuan ketenteraan dan kemanusian ke Ukraine sejak pencerobohan bermula 24 Februari.
Bercakap di himpunan itu menerusi rakaman video adalah isteri Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, Olena Zelenska yang mengucapkan terima kasih kepada Republik Czech atas sokongan yang diberikan.
Polis Prague berkata anggaran peserta protes itu kira-kira 10,000, sama seperti protes anti kerajaan yang diadakan di dataran sama pada Jumaat. – AFP, 31 Oktober, 2022.
Komen