5 terbunuh dalam ribut salji di Amerika Syarikat


Keadaan salji tebal dengan angin kencang di Massacchusetts yang menyebabkan ratusan pernerbangan tergendala dan dibatalkan.– Gambar EPA, 3 Mac, 2018.

SEKURANG-kurangnya lima orang terbunuh selepas ribut salji melanda di kawasan Timur Laut Amerika Syarikat pada Jumaat, dengan angin kencang, hujan lebat dan salji yang menyebabkan ratusan penerbangan tergendala dan memaksa penutupan pejabat kerajaan di Washington. 

Amaran banjir turut dikeluarkan dari New Jersey hingga ke Massacchusetts dengan amaran cuaca sejuk, amaran ribut salji dan amaran angin kencang, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. 

Ribut Salji Riley menyebabkan salji melebihi satu kaki (30.5 sentimeter) di bahagian barat dan utara New York, dan hujan lebat melanda di kawasan perairannya. 

Polis di James City Ciunty, selatan Virginia, mengesahkan seorang lelaki berusia 44 tahun terbunuh selepas sebatang pokok tumbang ke atas trak yang dipandunya, manakala di Chesterfield County, selatan Richmond, pihak berkuasa berkata seorang budak lelaki berumur 6 tahun terbunuh apabila pokok tmbang ke ats rumahnya ketika dia sedang tidur. 

Di luar Baltimore, seorang wanita warga emas turut terbunuh selepas terkena pokok tumbang di Kingsville, kata Jabatan Bomba dan Polis Baltimore County dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, media tempatan turut melaporkan pokok tumbang menyebabkan seorang kanak-kanak 11 tahun mati di Putnam Valley, New York dan seorang lelaki berusia 70 tahun di Newport, Rhode Island. 

Lebih 3,000 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan pada Jumaat manakala lebih 2,400 lagi ditunda, menurut laman web FlightAware. – AFP, 3 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen