GEMPA bumi berukuran 5.9 magnitud dikesan di luar pantai Jepun pada Jumaat, menurut data Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).
Menurut Sputnik, gegaran bawah tanah itu berlaku pada 8.56 malam UTC (20:56 GMT)102 kilometer (63 batu) timur laut bandar Iwaki, Wilayah Fukushima, dengan pusat gempa pada kedalaman 54 kilometer.
Gempa bumi melebihi magnitud 5 dianggap sebagai “sederhana” namun mampu menyebabkan kerosakan pada bangunan yang dibina dengan struktur lemah
Tiada maklumat segera mengenai kemungkinan kematian atau kemusnahan. – Bernama, 29 Oktober, 2022.
Komen