Kanada mohon jadi anggota IPEF 


KERAJAAN Kanada akan berusaha untuk menjadi ahli Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diketuai Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik Menteri Luar Melanie Joly pada Khamis.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Kanada akan mendapatkan keahlian dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik,” kata Joly pada sidang media bersama Setiausaha Negara AS Antony Blinken.

Blinken sedang dalam lawatan rasmi ke Kanada. Topik perbincangan termasuk hubungan dua hala dan kerjasama mengenai isu-isu yang melibatkan Haiti, Ukraine, Iran, Artik dan rantau Indo-Pasifik. – Bernama, 28 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen