Presiden Palestin hadiri sidang kemuncak Liga Arab minggu depan


Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan hadir sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan berlangsung di Algiers, Algeria pada 1 November. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2022.

PRESIDEN Palestin Mahmoud Abbas akan menghadiri sesi ke-31 sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan berlangsung di Algiers, Algeria pada 1 Nov, lapor Xinhua.

Perkara itu diumumkan Abbas semasa pertemuan dengan Mufti Besar Baitulmaqdis dan wilayah Palestin Sheikh Muhammad Hussein di bandar Ramallah, Tebing Barat pada Khamis, memetik agensi berita Palestin (Wafa).

Sementara itu, pegawai Palestin menyeru sidang kemuncak Liga Arab untuk mengambil pendirian tegas berhubung tindakan Israel di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta memberikan sokongan material dan moral kepada penduduk. – Bernama, 28 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen