Kanada siasat balai polis haram China


Polis Diraja Kanada berkata ia mengambil serius laporan mengenai kewujudan balai polis haram China di Kanada. – Gambar AFP, 28 Oktober, 2022.

PIHAK berkuasa Kanada semalam berkata satu siasatan sedang dijalankan berhubung laporan mengenai kewujudan balai polis haram China di negara itu.

Balai polis tersebut dilapor digunakan untuk mengganggu ekspatriat China di Kanada.

Media tempatan memetik laporan kumpulan hak asasi manusia Safeguard Defenders yang berpangkalan di Sepanyol menyebut balai polis haram itu ditempatkan di satu kawasan kediaman, sebuah bangunan kedai dan sebuah kedai serbaneka di Toronto.

Safeguard Defenders dipetik sebagai berkata terdapat 54 balai polis haram China di seluruh dunia.

China bagaimanapun menafikan laporan tersebut, mendakwa balai polis yang dikatakan itu hanya menawarkan perkhidmatan seperti memperbaharui lesen memandu warganya di luar negara.

Polis Diraja Kanada (RCMP) menerusi e-mel kepada AFP berkata ia mengambil serius laporan mengenai kewujudan balai polis haram terbabit.

Safeguard Defenders juga melaporkan China menubuhkan balai polis haram di Belanda. – AFP, 28 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen