Majoriti calon Umno anak tempatan, kata Noh 


Pengerusi Barisan Nasional Selangor Noph Omar berkata Umno akan bertanding di 10 kerusi di negeri itu pada PRU15.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2022.

MAJORITI calon Umno yang bertanding kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah anak tempatan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar.

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata Umno akan bertanding di 10 kerusi pada PRU15 antaranya Sabak Bernam, Tanjong Karang, Sungai Besar, Kuala Selangor, Sepang dan Gombak.

“Boleh dikatakan majoriti calon Umno (Selangor) anak tempatan,” kata penyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang itu kepada pemberita selepas melawat Hospital Tanjong Karang hari ini.

Noh berkata BN Selangor akan mengetengahkan calon yang boleh menang pada PRU15 dengan mereka adalah dalam kalangan memahami masalah rakyat setempat dan sedia berkhidmat untuk rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. – Bernama, 27 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen