MENTERI-MENTERI Luar Asean mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat sekretariat kumpulan itu di Jakarta hari ini.
Antara agenda utama pada mesyuarat khas itu ialah mengenai persediaan sidang kemuncak pada November nanti di Phnom Penh, Kemboja dan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar.
Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn yang juga utusan khas Asean untuk Myanmar.
Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar (hal ehwal pelbagai hala) Norman Muhamad. – Bernama, 27 Oktober, 2022.
Komen