Rishi Sunak bincang dengan presiden Suruhanjaya Eropah


PM UK Rishi Sunak dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengadakan perbincangan menerusi telefon, turut menyentuh prospek hubungan dua hala dan isu Ukraine. – Gambar EPA, 27 Oktober, 2022.

PERDANA Menteri baharu United Kingdom (UK) Rishi Sunak dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengadakan perbincangan menerusi telefon yang antara lain menyentuh mengenai prospek hubungan dua hala dan isu Ukraine, lapor Sputnik.

“Perdana Menteri dan Presiden von der Leyen bersetuju UK dan Kesatuan Eropah mempunyai banyak persamaan…kita hadapi cabaran dalam bidang seperti ekonomi dan perubahan iklim.

“Kedua-dua pihak memutuskan untuk bekerjasama rapat bagi menangani cabaran itu,” menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri UK. – Bernama, 27 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen