Ali Biju pertahan kerusi Saratok dengan tiket Perikatan


Desmond Davidson

Ali Biju akan mempertahankan kerusi Saratok pada PRU15 akan datang. – Gambar Facebook, 27 Oktober , 2022.

PENYANDANG kerusi Parlimen Saratok Ali Biju akan mempertahankan kerusinya di bawah tiket Perikatan Nasional (PN), kata sumber dalam pasukan kempen beliau kepada The Malaysian Insight.

Ali memenangi kerusi majoriti Iban yang mempunyai lebih 30,000 pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dengan tiket PKR yang menyaksikan beliau berjaya menewaskan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) empat penggal Peter Nyarok.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian keadaan menjadi buruk dan beliau adalah antara segelintir wakil rakyat PKR yang dipecat oleh parti itu kerana dakwaan peranan mereka dalam rampasan kuasa politik, yang dikenali secara meluas sebagai Langkah Sheraton, yang menjatuhkan kerajaan persekutuan 22 bulan PH.

Ia juga melenyapkan harapan presiden mereka Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Ali kemudian menyertai Bersatu pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang berpangkalan di Semenanjung dan tidak lama kemudian dilantik sebagai timbalan menteri tenaga dan sumber asli.

Beliau mengekalkan jawatan itu walaupun selepas Muhyiddin terpaksa berundur sebagai perdana menteri selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Ismail Sabri Yaakob menggantikannya dengan Kabinet BN.

“Beliau akan bertanding di bawah PN. Beliau hanya mempertahankan kerusinya,” kata sumber itu.

PN adalah gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan. – 27 Oktober, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen