Kebergantungan bahan api fosil tindakan bodoh, kata setiausaha agung PBB


Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa seluruh dunia melakukan lebih banyak usaha untuk menangani pemanasan global. – Gambar EPA, 27 Oktober, 2022.

KEBERGANTUNGAN dunia terhadap bahan api fosil adalah tindakan ‘bodoh’ kerana ia mencetus perubahan iklim yang mengakibatkan bencana alam hari ini, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

“Jika dua dekad lalu dunia, terutamanya Eropah melabur secara besar-besaran dalam tenaga boleh diperbaharui, sudah tentu hari ini kita tidak mengalami krisis tenaga.

“Dan harga minyak dan gas juga tidak akan melambung tinggi seperti sekarang.

“Inilah natijah akibat kita tidak melabur dengan secukupnya dalam tenaga boleh diperbaharui,” kata Guterres dalam lapor yang diterbitkan pada Rabu.

Menjelang rundingan iklim PBB yang akan diadakan di Mesir bulan depan, beliau menggesa seluruh dunia melakukan lebih banyak usaha untuk menangani pemanasan global.

Dalam laporannya, PBB berkata ikrar untuk menangani perubahan iklim masih jauh dari landasan yang ditetapkan. – AFP, 27 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen