Canton Fair China terima 510,000 pembeli global


Pameran Canton Fair mencipta rekod tertinggi apabila bilangan pempamer yang mengambil bahagian mencecah 35,000 syarikat meningkat 40 peratus berbanding edisi sebelumnya. – Gambar EPA, 26 Oktober, 2022.              

PAMERAN Import dan Eksport China atau ‘Canton Fair’ edisi ke-132 berjalan lancar sejak pembukaannya secara dalam talian pada 15 Oktober.

Pameran kali ini mencipta rekod tertinggi apabila bilangan pempamer yang mengambil bahagian mencecah 35,000 syarikat meningkat 40 peratus berbanding edisi sebelumnya.

Seramai 510,000 pembeli dari 229 negara dan wilayah antaranya 55.72 peratus adalah dari negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Canton Fair kali ini mencapai keberhasilan signifikan dalam penyelarasan pembekalan dan pembelian global sementara pengisian juga diatur khusus untuk memudahkan kerjasama antara perusahaan dari dalam dan luar negara.

Pihak penganjur turut mengatur sebanyak 200 slot bagi mempertontonkan produk baharu serta 1,000  sesi interaksi antara pembeli dengan pempamer.

Difahamkan e-platform Canton Fair akan terus dibuka hingga 15 Mac 2023 bagi menawarkan perkhidmatan untuk kerjasama perdagangan syarikat tempatan dan asing. – Bernama, 26 Oktober, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen