Helikopter terhempas di Brinchang, semua selamat, kata polis


Sebuah helikopter milik swasta dilaporkan terhempas di hutan di kawasan Brinchang, Cameron Highlands kira-kira pukul 1.15 petang tadi. – Gambar Facebook, 26 Oktober, 2022.

LIMA anggota pasukan perubatan termasuk seorang juruterbang selamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Ketua Polis Pahang Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

“Itu yang kami terima setakat ini. Kesemuanya selamat,” katanya ringkas.

Insiden yang berlaku pada 1.15 tengah hari ketika pesawat milik swasta itu dipercayai dinaiki seorang doktor dan empat pegawai perubatan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga penumpang cedera ringan dan tiga lagi cedera parah. – Bernama, 26 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen