Lelaki paling kotor di dunia meninggal dunia di Iran


Amou Haji, yang tidak membersihkan tubuhnya sejak lebih setengah abad dan masih bujang, meninggal dunia pada Ahad di kampung Dejgah di wilayah selatan Fars di Iran. – Gambar Facebook, 25 Oktober, 2022.

SEORANG lelaki Iran yang digelar sebagai “lelaki paling kotor di dunia” kerana tidak mandi selama beberapa dekad telah meninggal dunia pada usia 94 tahun, lapor media kerajaan pada Selasa.

Amou Haji, yang tidak membersihkan tubuhnya sejak lebih setengah abad dan masih bujang, meninggal dunia pada Ahad di kampung Dejgah di wilayah selatan Fars, lapor agensi berita IRNA.

Haji tidak mandi kerana bimbang “sakit”, kata agensi itu memetik seorang pegawai tempatan sebagai berkata.

Tetapi “beberapa bulan lalu, buat pertama kali penduduk kampung membawanya ke bilik air untuk mandi,” lapor IRNA.

Sebuah filem dokumentari pendek bertajuk “The Strange Life of Amou Haji” telah dibuat mengenai kehidupannya pada 2013, menurut saluran media Iran. – AFP, 25 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen