Lelaki 100 tahun pecah rekod renang dunia


Aksi perenang Australia, George Corones, 99, dalam acara renang 50 meter gaya bebas kategori usia 100 hingga 104 tahun mencatatkan masa 56.12 saat. – Gambar EPA, 3 Mac, 2018.

SEORANG warga emas yang bakal menyambut ulang tahun ke-100 bulan depan berjaya memecah rekod dunia dalam acara renang 50 meter gaya bebas, dalam kategori usia itu, semalam.

George Corones, 99, peserta tunggal kategori usia 100 hingga 104 tahun dan mencatatkan masa 56.12 saat pada acara yang diadakan di kolam renang Pusat Akuatik Gold Coast, Australia.

Pusat akuatik itu lokasi bagi acara renang Sukan Komanwel bulan depan.

Acara itu diadakan khusus bagi membolehkan Corones memecahkan rekod 1:31.19 yang dicatatkan John Harison pada 2014 untuk kategori sama.

“Ia satu-satunya keadaan yang membolehkan anda tidak melawan graviti. Apabila anda berada di dalam air, ia situasi tanpa graviti dan perasaan itu sangat indah,” katanya.

Bekas doktor itu berkata aktiviti renang yang kembali diceburinya ketika berusia 80 tahun adalah rahsia diamalkannya selama ini untuk panjang umur. – AFP, 3 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen