Pembunuh kucing di Costa Rica terlepas hukuman penjara


SEORANG lelaki di Costa Rica yang membunuh kucing peliharaannya, Ochi dengan mencampaknya keluar dari tingkap rumahnya di tingkat enam, dijatuhi hukuman penjara dua tahun yang ditangguhkan.

Gabriel Saborio, 31, disabitkan bersalah atas tuduhan kekejaman terhadap haiwan dan Hakim Tatiana Lopez menjatuhkan hukuman maksimum, namun beliau melepaskan tertuduh daripada menjalani hukuman itu.

Hakim berkata Saborio tidak boleh mempunyai haiwan peliharaan dan jika beliau tidak melakukan sebarang kekejaman terhadap haiwan dalam tempoh lima tahun, tertuduh tidak perlu menjalani hukuman penjara.

Pada November 2019, Saborio membaling kucingnya di rumah kondominium di San Jose.

Tetapi hanya pada Ogos 2020, siasatan dibuka selepas video kejadian itu tersebar dan tular di media sosial.

Costa Rica meluluskan rang undang-undang perlindungan haiwan pada 2017. – AFP, 25 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen