Ribuan rakyat Slovakia protes kematian wartawan


Penunjuk perasaan memegang kain rentang “Serang wartawan = serang kami semua” di Dataran Kebebasan, di Bratislava, Slovakia semalam ketika berarak secara senyap sebagai penghormatan kepada wartawan Jan Kuciak yang dibunuh. – Gambar AFP, 3 Mac, 2018.

RIBUAN orang memasang lilin sambil berarak di Slovakia, semalam dalam protes terhadap anti rasuah dan mengenang pembunuhan wartawan Jan Kuciak.

Kuciak dibunuh susulan beliau mahu menerbitkan laporan tergempar berkenaan rasuah politik peringkat tertinggi yang ada kaitan dengan mafia Itali.

Penganjur protes itu menganggarkan 25,000 orang berkumpul di ibu kota Bratislava, sementara ratusan lagi turut berkumpul di 12 bandar lain di seluruh negara Kesatuan Eropah.

Ramai memasang lilin, berarak dalam senyap dalam cuaca yang sangat sejuk.

“Saya berdiri di sini bersama anda sebagai tanda penghormatan kepada Jan dan Martina,” kata Presiden Slovak Andrej Kiska, memberi ucapan di depan orang ramai di Bratislava sebelum bertafakur seminit untuk Kucial dan tunangnya Martina Kusnirova yang turut ditembak mati.

Polis menemui kedua-duanya yang berusia 27 tahun di rumah mereka di Bratislava pada Ahad.

Kuciak dipercayai akan menerbitkan satu artikel yang membangkitkan kemungkinan wujudnya kaitan politik antara ahli perniagaan Itali di Slovakia dan gang mafia ganas di Calabria, Ndrangheta.

“Kami hidup dalam negara mafia,” kata seorang pelajar Jan Kubis. “Umur mereka (mangsa) tidak jauh beza daripada saya. Sesuatu perlu berubah di Slovakia.”

Polis Slovakia pada Khamis menahan beberapa ahli perniagaan Itali yang dinamakan oleh Kuciak dalam laporannya, yang disiarkan selepas kematiannya, awal minggu ini, di mana penyiasat berkata kematiannya itu mungkin ada kaitan dengan laporan berita itu. – AFP, 3 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen