Kebakaran di Gunung Kilimanjaro terkawal


Asap tebal kelihatan di kawasan Gunung Kilimanjaro yang mula terbakar pada petang Jumaat lalu di kawasan Karanga. – Gambar Facebook, 24 Oktober, 2022.

PIHAK berkuasa Tanzania berkata kebakaran di Gunung Kilimanjaro terkawal selepas api marak di pergunungan tertinggi Afrika itu selama lebih 24 jam.

Kebakaran bermula pada petang Jumaat berhampiran Karanga yang biasanya digunakan pendaki untuk ke puncak, pada ketinggian kira-kira 4,000 meter, di bahagian selatan.

“Keadaan terkawal dan kami percara ia akan dapat dipadamkan sepenuhnya tidak lama lagi,” kata kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Alam Semulajadi dan Pelancongan Pindi Chana.

Pegawai daerah Nurdin Babu memberitahu wartawan keadaan terkawal, kebakaran dapat dikawal dalam keadaan lebih baik.

Ratusan tenaga termasuk anggota bomba, kakitangan taman negara dan orang awam digerakkan untuk membantu memadamkan kebakaran yang marak akibat angin kuat. – AFP, 24 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen