SEMBILAN maut dan 47 yang lain cedera dalam satu serangan di sebuah hotel di Kismayo, selatan Somalia, dikatakan dilakukan kumpulan pengganas Al-Shabaab, kata pihak berkuasa.
Bandar pelabuhan itu menjadi lokasi terbaru dalam kebangkitan serangan kumpulan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda itu, di mana sasaran utamanya ialah Mogadishu dan tengah Somalia.
Serangan berlaku pada 12.45 tengah malam apabila sebuah kereta yang lengkap dengan bahan letupan merempuh pintu masuk Hotel Tawakal. Serangan berakhir pada 7 malam selepas pasukan keselamatan berjaya membunuh penyerang.
Antara mangsa yang maut ialah pelajar di sekolah berhampiran, kata Menteri Keselamatan Jubaland Yusuf Hussein Osman.
Semua empat penyerang termasuk pengebom bunuh diri, terbunuh, katanya.
Penyerang pertama meletupkan dirinya dan tiga lagi terbunuh selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, berkata anggota kerajaan Jubaland, di Kismayo mengadakan mesyuarat di hotel itu pada masa berkenaan. – AFP, 24 Oktober, 2022.
Komen