Taufan Roslyn badai pantai barat Mexico


Hujan lebat di bandar Nayarit, Bucerias mengakibatkan banjir kilat dan menjadikan beberapa dinaiki air. – Gambar EPA, 23 Oktober, 2022.

TAUFAN Roslyn membadai pantai barat Mexico susulan ribut kuat pada Kategori 3, lapor Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat, hari ini.

Gelombang ribut berbahaya dan banjir kilat memaksa penduduk berlindung.

Menurut NHC, Ribut melanda berhampiran bandar kecil Santa Cruz di pantai Nayarit sekitar 5.30 pagi (waktu tempatan) dengan anggaran angin berkelajuan maksimum 120 batu sejam.

Hanya beberapa jam sebelum melanda pantai Mexico, tahap taufan Roslyn diturunkan daripada Kategori 4 kepada ribut Kategori 3 pada skala angin lima peringkat Saffir-Simpson, dengan NHC meramalkan “kelemahan pesat” selepas membadai.

NHC dan perkhidmatan meteorologi Mexico memberi amaran tentang angin kencang, hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh serta ombak setinggi enam meter (20 kaki) di sepanjang pantai Pasifik.

“Taufan Roslyn dijangka menghasilkan gelombang ribut yang mengancam nyawa dengan banjir di kawasan pantai angin darat” hingga Ahad, kata NHC.

Pusat itu menambah “gelombang yang melanda kawasan berhampiran pantai itu akan diikuti dengan ombak besar dan angin kencang.”

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran taufan untuk sebahagian negeri pantai Pasifik Jalisco, Nayarit, Sinaloa dan Las Islas Marias, kira-kira 60 batu di luar pesisir pantai.

Angin kencang dan laut bergelora melanda pusat peranginan Jalisco di Puerto Vallarta yang menempatkan kira-kira 220,000 orang dan salah satu bandar terbesar di kawasan terjejas akibat taufan pada 9 pagi.

Hujan lebat di bandar Nayarit, Bucerias mengakibatkan banjir kilat dan menjadikan beberapa dinaiki air.

Penduduk berada dalam keadaan berwaspada selepas taufan Roslyn, ribut terkuat setakat musim Pasifik, mencapai Kategori 4 selepas terbentuk pada Jumaat. – AFP, 23 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen