Sunak umum jadi calon PM Britain


Bekas menteri kewangan Britain, Rishi Sunak mengumumkan beliau akan menjadi calon perdana menteri. – Gambar EPA, 23 Oktober, 2022.

PEMIMPIN Konservatif Britain, Rishi Sunak mengumumkan beliau akan menjadi calon perdana menteri, hanya beberapa minggu selepas gagal dalam percubaan pertama dan memulakan pertembungan dengan bekas bosnya, Boris Johnson.

Bekas menteri kewangan itu, berkata beliau mempunyai “rekod prestasi cemerlang” dan akan membawa Britain keluar daripada “krisis ekonomi yang mendalam”, yang menurut pakar diburukkan lagi dengan pemansuhan dasar oleh Liz Truss.

“Saya mahu memperbaiki ekonomi kita, menyatukan parti kita dan menyampaikan untuk negara kita,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Twitter sekali gus mengesahkan pencalonannya.

Pengumuman itu berbeza dengan usaha terakhirnya yang gagal untuk menjadi pemimpin tertinggi Britain, ketika beliau berdepan kritikan berikutan video yang dimuat naik. Ia anya beberapa hari selepas beliau membantu usaha pemecatan bekas perdana menteri Johnson yang meletak jawatan pada Julai.

Sunak, 42, adalah ahli Parlimen Konservatif kedua yang mengisytiharkan pencalonan untuk jawatan tertinggi, selepas ahli Kabinet Penny Mordaunt melancarkan kempennya pada Jumaat.

Johnson dijangka menyertai pertembungan selama seminggu itu, selepas beliau memendekkan percutian ke Caribbean untuk pulang pada Sabtu dan mencuba kebangkitan politik yang berani kurang dua bulan selepas meletakkan jawatan.

Lelaki berusia 58 tahun itu dikatakan bersungguh-sungguh melobi rakan-rakan Konservatif menjelang tarikh akhir petang Isnin untuk mendapatkan 100 pencalonan yang diperlukan untuk mendapatkan undian 357 Ahli Parlimen.

 Sidang kemuncak rahsia

Sunak mendahului dalam kiraan itu, melepasi ambang minimum pada Jumaat dan pada masa ini mendapat sokongan awam daripada 139 ahli Parlimen, menurut pengiraan BBC.

Berbanding Johnson yang memperoleh 56 undian dan Mordaunt (23), walaupun sekutu bekas pemimpin itu menegaskan beliau memperoleh 100 pencalonan.

“Kempen Boris memberitahu saya mereka mempunyai nombor,” kata Setiausaha Perniagaan Jacob Rees-Mogg kepada BBC.

“Jelas sekali, beliau akan berdiri. Terdapat banyak sokongan untuknya.”

Dewan perwakilan dipaksa membuat pemilihan kedua, kali ini dipercepatkan, sejak musim panas berikutan peletakan jawatan Truss selepas hanya 44 hari terburuk dalam tempoh perkhidmatannya susulan belanjawan mini yang mengurangkan cukai sekali gus membawa bencana. – AFP, 23 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen