PARLIMEN Jerman, Bundestag pada Jumaat menyokong cadangan kerajaan menyediakan dana €200 bilion (AS$195 bilion) untuk menangani kenaikan harga tenaga.
Pakej bantuan itu bertujuan membantu mengurangkan krisis tenaga bagi industri dan isi rumah, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Menurut kerajaan, dana itu bagi menampung keperluan sehingga 2024 untuk pembiayaan harga siling tenaga dan subsidi.
Isi rumah persendirian bakal memperoleh manfaat harga siling sebanyak 80 peratus daripada penggunaan biasa mereka mulai Mac.
Penetapan harga siling untuk syarikat besar berkuat kuasa pada Januari. – Bernama, 22 Oktober, 2022.
Komen