Perdana Menteri Ukrainian Denys Shmyhal menggesa semua pihak antarabangsa menumpukan perhatian terhadap misi yang didakwa bakal dijalankan di empangan Kakhovka, lapor AFP.
Ini susulan dakwaan Kyiv yang menuduh Moscow merancang untuk meletupkan empangan hidroelektrik itu.
“Kami gesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah dan organiasi lain untuk melancarkan misi pemerhatian terhadap pusat jana kuasa hidroelektrik Kakhovka ini.
“Pakar antarabangsa perlu tiba segera di stesen ini bersama wakil-wakil Ukraine,” katanya Ketika mesyuarat kerajaan. – AFP, 21 Oktober, 2022.
Komen