Asean, China kini sediakan draf kedua COC


Setiausaha Agung Asean Lim Jock Hoi berkata Asean dan China pada masa ini menyediakan draf kedua Kod Tatakelakuan di Laut Laut China Selatan. – Gambar EPA, 21 Oktober, 2022.

ASEAN dan China kini menyediakan draf kedua Kod Tatakelakuan di Laut Laut China Selatan (COC), menurut Setiausaha Agung blok itu Lim Jock Hoi.

Bercakap pada sidang video semasa Meja Bulat Editor ke-11 anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi untuk Asean dan Asia Timur (ERIA) dan Khmer Times di Phnom Penh pada 18 Oktober, beliau berkata kedua-dua pihak menyelesaikan draf pertama dan kini memasuki draf kedua.

Agensi berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan Lim walaupun menghadapi cabaran, termasuk kelewatan akibat pandemik Covid-19,  Asean dan China berusaha untuk menyambung semula rundingan membabitkan COC dan mengekalkan momentum kerja, termasuk menggunakan platform maya, persidangan video.

Kumpulan kerja bersama itu juga menyambung semula perbincangan secara peribadi dengan  kedua-dua pihak meneruskan aspirasi untuk percepat rundingan bagi memuktamadkan COC yang berkesan dan substantif, lapornya.

“Asean pula akan terus bekerjasama dengan China dengan memberi perhatian sewajarnya kepada usaha untuk pembangunan keyakinan serta tindakan pencegahan bagi meningkatkan kepercayaan kedua-dua pihak supaya rundingan COC dapat dijalankan dalam persekitaran yang kondusif,” katanya. – Bernama, 21 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen