14 maut serangan udara Turki


SERANGAN udara Turki membunuh sekurang-kurangnya 14 pejuang yang dikerahkan oleh kerajaan Syria untuk menyokong pihak Kurdish yang memerangi pemberontak dipimpin oleh Turki di wilayah barat laut Afrin, kata pemantau hari ini.

Tiga pejuang Kurdish turut terbunuh dalam serangan pada Khamis di kampung Jamma di daerah sempadan Turki, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Pemberontakan rakyat Syria yang dipimpin Turki bertambah hebat sejak melancarkan serangan ke atas Afrin pada 20 Januari, daerah yang dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).

Kerajaan Syria mengerahkan tenteranya ke kawasan itu sebulan kemudian selepas pihak Kurdish meminta pertolongan.

Jurucakap YPG di Afrin, Birusk Hasakeh, mengatakan pesawat tempur Turki menyasarkan kedudukan pejuang yang dikaitkan dengan tentera Syria di Jamma, menyebabkan korban, tetapi tidak memberikan angka yang tepat.

Para pejuang pro-rejim hadir di beberapa kawasan itu, menurut rakyat Kurdish.

Turki mengalami kekalahan besar di Afrin pada Khamis dengan lapan anggotanya terbunuh dan 13 lagi cedera.

Jumlah korban hari ini menjadikan jumlah tentera Turki yang terbunuh sejak operasi bermula sekurang-kurangnya 40 orang.

Badan pemerhati mengatakan lebih 140 orang awam terbunuh dalam pengeboman Turki, tetapi Turki menafikan dakwaan itu dan mengatakan ia mengambil “langkah berjaga-jaga” bagi mengelakkan mangsa di kalangan orang awam.

Ribuan orang awam melarikan diri dari rumah mereka sejak serangan bermula, sama ada ke bandar Afrin atau kawasan dikuasai kerajaan yang berhampiran.

Pada Khamis, konvoi bantuan membawa makanan dan bekalan perubatan memasuki kawasan itu buat kali pertama sejak operasi bermula.

Ankara berkata YPG adalah lanjutan “pengganas” Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan pemberontakan tiga dekad melawan Turki.

YPG menjadi komponen utama kerjasama Kurdish-Arab yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) yang memerangi kumpulan militan Islamic State (IS) di Syria.

Turki menolak gesaan AS untuk memasukkan Afrin dalam persetujuan Majlis Keselamatan PBB bagi gencatan senjata di seluruh Syria. – AFP, 2 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen