Tesla lapor hasil, keuntungan operasi, aliran tunai bebas bagi suku ketiga


Tesla Inc mendedahkan laporan kewangannya bagi suku ketiga 2022 dengan hasil rekod, keuntungan operasi dan aliran tunai bebas. – Gambar EPA, 20 Oktober, 2022.

PENGELUAR kereta elektrik terkemuka Amerika Syarikat (AS) Tesla Inc mendedahkan laporan kewangannya bagi suku ketiga 2022 dengan hasil rekod, keuntungan operasi dan aliran tunai bebas, lapor Xinhua.

Jumlah hasil meningkat 56% tahun ke tahun pada suku ketiga kepada AS$21.5 bilion, dipengaruhi oleh peningkatan jualan kenderaan, menurut syarikat itu.

Pendapatan operasi bertambah baik dari tahun ke tahun mencecah AS$3.7 bilion, menghasilkan margin kendalian 17.2%.

Aliran tunai suku akhir, kesetaraan tunai dan sekuriti boleh pasar jangka pendek meningkat secara berturutan sebanyak AS$2.2 bilion kepada AS$21.1 bilion pada suku ketiga.

Pada suku ketiga, Tesla menghasilkan lebih 365,000 kenderaan dan menyerahkan kepada pembeli lebih 343,000 kenderaan.

Tesla memaklumkan kilang di Shanghai “kekal hab eksport utamanya, yang membekalkan kenderaan ke kebanyakan pasaran di luar Amerika Utara.”

Kadar pengeluaran di kilang Shanghai China dilaporkan melepasi rekod suku tahunan sebelumnya. – Bernama, 20 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen