PESTA Buku Frankfurt ke-74 pesta terbesar seumpamanya di dunia yang melibatkan lebih 2,000 acara dibuka semalam.
Pesta buku itu dijangka menarik kira-kira 4,000 peserta pameran dari 95 negara dan wilayah.
Lebih 110 pempamer dari tanah besar China mengambil bahagian, menurut katalog pesta buku itu, lapor Xinhua.
Penganjur mahu menjadikan pesta buku terbesar di dunia itu sebagai tempat wacana dan kebersamaan ketika masa krisis dan ketidakstabilan selain “kehadiran ke pesta berkenaan membantu menentang polarisasi”, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesta Buku Frankfurt, Juergen Boos.
Sepanyol menjadi tetamu kehormat tahun ini. Kira-kira 200 pengarang dari Sepanyol akan mempamerkan buku masing-masing pada pameran yang berakhir pada Ahad. – Bernama, 19 Oktober, 2022.
Komen