Parlimen Finland sokong cadangan bina tembok sepanjang sempadan Russia


Perdana Menteri Sanna Marin berkata pembinaan tembok di sepanjang sempadan Finland dengan Rusia dijangka mengambil masa sehingga empat tahun untuk disiapkan. – Gambar EPA, 19 Oktober, 2022.

CADANGAN membina tembok di sepanjang sempadan Finland dengan Rusia mendapat sokongan Ahli Parlimen Finland semalam, lapor Xinhua.

Perdana Menteri Sanna Marin mengadakan mesyuarat untuk membincangkan cadangan itu dan pembinaan tembok dijangka mengambil masa sehingga empat tahun untuk disiapkan.

Marin memberitahu media selepas mesyuarat, kerajaan akan membentangkan mengenai projek itu melalui peruntukan bajet tambahan pada musim luruh ini dengan pembinaan pada tahun pertama dijangka menelan belanja €40 juta (AS$138 juta).

Finland berkongsi sempadan darat kira-kira 1,300 kilometer (km) dengan Rusia dan tembok itu akan dibina meliputi kawasan sekitar 300 km. – Bernama, 19 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen