7 maut helikopter terhempas di utara India


Helikopter Bell-407 yang terhempas di utara India semalam berlepas dari Uttarakhand yang membawa penumpang berasal dari Tamil Nadu dan Gujerat. – Gambar Wikipedia, 19 Oktober, 2022.

ENAM penumpang dan seorang juruterbang disahkan terbunuh selepas helikopter yang dinaiki terhempas di utara India.

Helikopter itu dilapor berlepas dari kuil Kedarnath di Uttarakhand pada tengah hari semalam sebelum terhempas.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua penumpang berasal dari Tamil Nadu dan Gujerat.

Menurut laporan media tempatan, helikopter Bell-407 itu dikendalikan syarikat Aryan Aviation yang berpangkalan di New Delhi.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) India mengarahkan siasatan dijalankan berhubung nahas itu. – Bernama, 19 Oktober, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen