TLDM tahan bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara


Kapal Diraja Pendekar milik TLDM telah mengesan enam bot nelayan Vietnam semasa rondaan namun hanya berjaya menahan sebuah bot nelayan bersama 14 kru di utara Pulau Tioman petang semalam. – Gambar Facebook, 18 Oktober, 2022.

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 14 kru yang menceroboh perairan negara di kedudukan 30 batu nautika utara Pulau Tioman, petang semalam.

Menurut TLDM dalam kenyataan, Kapal Diraja (KD) Pendekar mengesan enam bot nelayan Vietnam di kawasan terbabit semasa rondaan namun hanya berjaya menahan sebuah bot terhampir, manakala lima bot lagi berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati 14 orang awak-awak dan tekong warga Vietnam tidak mempunyai dokumen penangkapan ikan yang sah,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak lapan peti simpanan berisi hasil laut dianggar bernilai RM1.5 juta.

Kesemua tahanan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) KM Marudu. – Bernama, 18 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen