-2.jpg)
KENYATAAN angkuh Amirudin Shari yang mendakwa seolah-olah prestasi ekonomi Selangor lebih baik di bawah kepimpinan beliau berbanding ketika Selangor diterajui Mohamed Azmin Ali ternyata sekadar menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Negeri Selangor.
Dakwaan prestasi ekonomi baik dengan semata-mata merujuk kepada angka sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK negara adalah cubaan yang dangkal dan meleset.
Hakikatnya pertumbuhan Negeri Selangor meleset dari tahun ke tahun sejak 2018 sehingga lah hari ini biarpun sebelum berdepan pandemik.
Pada tahun 2018 pertumbuhan ekonomi Selangor dicatatkan pada kadar 7.0%. Kadar pertumbuhan Selangor merosot kepada 6.8% pada tahun 2019 dan terus merosot akibat pandemik pada tahun 2020 pada kadar -5.2 dan hanya 5.0% pada 2021.
Sudah menjadi resam dalam kepimpinan Amirudin Shari untuk seringkali mengaburi mata rakyat agar terkesima dan impress with big numbers.
Sikap ini menjadikan kepimpinan Negeri delusional dan tidak realistik dalam banyak perkara.
Misalnya matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menyumbang 30% daripada KDNK negara.
Sasaran ini sangat tidak realistik memandangkan Selangor perlu mencatatkan pertumbuhan secara “compounded annual growth rate” atau CAGR sekurang-kurangnya 9.5% setiap tahun khususnya dalam suasana ekonomi hari ini.
Justeru, wajarlah Amirudin Shari mencermin diri terlebih dahulu sebelum mendabik dada sebegitu.
Realitinya beliau sendiri terperangkap dalam bayangan prestasi kepimpinan sebelumnya sehingga terpaksa berhempas pulas melakukan penjenamaan semula terhadap pelbagai program-program kebajikan rakyat demi memadam dan menghentikan rekod dan prestasi kejayaan Negeri Selangor tatkala pentadbiran Mohamed Azmin Ali. – 18 Oktober, 2022.
* Muhamad Hilman Idham ialah Setiausaha Perikatan Nasional Selangor dan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen