Polis AS buka siasatan kes bunuh selepas 4 mayat dikerat ditemui


POLIS di Oklahoma membuka siasatan kes bunuh selepas penemuan empat mayat yang dikerat di dalam sungai di bandar kecil Okmulgee di bahagian tengah AS, kata pegawai penguatkuasa undang-undang Isnin.

Empat rakan hilang pada petang Ahad 9 Oktober lepas selepas keluar dari rumah menyebabkan operasi mencari besar-besaran dilakukan.

Penyiasat akhirnya menemui empat mayat yang dipotong-potong di dalam sungai pada Jumaat. 

Bedah siasat mengesahkan mereka merupakan mangsa yang hilang iaitu Mark dan Billy Chastain, 32 dan 30, Mike Sparks, 32, dan Alex Stevens, 29, kata ketua polis tempatan Joe Prentice pada Isnin.

Pemeriksa perubatan juga mengenal pasti kesan luka peluru.

Penyiasat menemui kesan yang dikenal pasti berkaitan dengan kes pembunuhan berkenaan di tapak pelupusan sampah di bandar dan akan menemu bual pemilik tanah jiran itu.

Pemiliknya yang tidak dianggap suspek pada peringkat ini menghilangkan diri pada Jumaat, kata ketua polis itu pada sidang media.

Menurutnya keempat-empat mangsa merancang melakukan beberapa jenis perbuatan jenayah pada hari kehilangan mereka. – 18 Oktober, 2022.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen