PM Jepun arah gereja Unification disiasat


PM Jepun Fumio Kishida arah siasatan dilakukan terhadap gereja Unification, susulan pembunuhan bekas perdana menteri Shinzo Abe. – Gamabr EPA, 17 Oktober, 2022.

PERDANA Menteri Jepun Fumio Kishida mengarahkan siasatan dilakukan terhadap gereja Unification, susulan pembunuhan bekas perdana menteri Shinzo Abe.

Kumpulan itu mendapat perhatian kerana lelaki yang dituduh membunuh Abe dilaporkan didorong oleh rasa benci terhadap gereja itu yang didakwa memberi tekanan kepada ahli kariah untuk membuat sumbangan besar.

Dikenali sebagai Family Federation for World Peace and Unification, ia ditubuhkan di Korea oleh Sun Myung Moon dan kadang-kala ahlinya digelar sebagai “Moonies”.

Gereja itu menafikan sebarang salah laku, tetapi ramai bekas ahlinya mendedahkan kritikan terhadap amalan dilakukannya, dan pendedahan berkenaan kaitan organisasi itu dengan ahli politik terkemuka yang membantu sokongan teradap Kishida.

Kishida mengarahkan saya menggunakan hak yang ada untuk menyiasat Gereja Unification, kata Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Keiko Nagaoka kepada media.

“Siasatan akan bermula serta merta,” katanya.

Kishida dijangka bercakap mengenai perkara itu hari ini tetapi media tempatan berkata siasatan mungkin bagi menentukan sama ada gereja itu menjejaskan kebajikan orang awam atau melakukan tindakan yang pelik dengan statusnya sebagai kumpulan agama.

Siasatan itu mungkin membawa kepada arahan pembubaran di bawah undang-undang agama, yang bakal menyebabkan gereja itu hilang status sebagai organisasi agama diberikan pengecualian cukai, namun ia masih boleh meneruskan operasi.

Hanya dua kumpulan agama di Jepun pernah menerima arahan itu, salah satunya ialah kultus Aum Shinrikyo yang melakukan serangan sarin pada 1995 di keretapi laju Tokyo. – AFP, 17 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen