12 maut, 3 cedera dalam kejadian tembakan di Mexico


SEKURANG-KURANGNYA 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar di bandar Iraputo di Guanajuato, tengah Mexico, lapor Sputnik memetik jabatan keselamatan bandar itu pada Ahad.

“Doktor mengesahkan kematian enam lelaki dan enam wanita,” menurut kenyataan pasukan keselamatan yang disiarkan di Twitter.

Menurut perkhidmatan kecemasan, kejadian itu berlaku pada petang Sabtu. – Bernama, 16 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen