Benarkan pekerja keluar undi kata menteri kepada majikan


Kata Saravanan mana-mana majikan yang gagal memberi kelonggaran pekerja keluar mengundi akan berdepan tindakan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2022.

MAJIKAN perlu memberi kelonggaran atau cuti kepada pekerja jika hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jatuh pada hari bekerja, kata Menteri Sumber Manusia sementara M Saravanan.

Katanya keluar mengundi merupakan hak setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

“Majikan perlu akur pada arahan kerajaan. Mereka perlu benarkan pekerja keluar mengundi. Sama ada dengan cuti peristiwa, cuti ganti atau cuti beberapa jam,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di Tapah hari ini.

Beliau berkata mana-mana majikan yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 20 Oktober ini bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu. – Bernama, 16 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen