Ismail Sabri kekal ‘poster boy’ BN, calon PM, kata Zahid


Zahid berkata tidak timbul soal beliau akan menjadi calon perdana menteri bagi BN seperti yang dimainkan pihak tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2022.

ISMAIL Sabri Yaakob kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) dan calon perdana menteri ke-10 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian gabungan itu tidak berubah walaupun setelah BN berjaya mentadbir Putrajaya. 

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata tidak timbul soal beliau akan menjadi calon perdana menteri bagi BN seperti yang dimainkan pihak tertentu.

“Kita sudah buat keputusan di peringkat parti, Ismail Sabri adalah ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri. Ini muktamad seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) Umno. 

“Perbuatan mereka (pihak tertentu) hanyalah mahu melaga-lagakan semua pihak khususnya komponen dalam BN selain cubaan memecahbelahkan Umno kerana mereka tiada modal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks Umno Bagan Datuk, hari ini. 

Sebelum ini, terdapat kenyataan pihak tertentu yang mendakwa penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu akan dinamakan sebagai calon perdana menteri sekiranya BN memenangi PRU15. – Bernama, 16 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen