Presiden China kata ‘ketenteraan’ tetap pilihan dalam isu Taiwan


Presiden China Xi Jinping pada Ahad berikrar yang China “tidak akan komited dalam melupakan penggunaan kekerasan” dalam isu Taiwan. – Gambar AFP, 16 Oktober, 2022.

PRESIDEN Xi Jinping pada Ahad berikrar yang China “tidak akan komited dalam melupakan penggunaan kekerasan” dalam isu Taiwan, ketika berucap merasmikan Kongres Parti Komunis di Beijing.

“Penyelesaian isu Taiwan adalah perkara rakyat China sendiri dan perlu diselesaikan oleh rakyat China sahaja. Kami akan patuh dan berusaha ke arah prospek perpaduan aman dengan penuh bersemangat dan ikhlas, tetapi tidak akan komited untuk melupakan penggunaan kekerasan, dan mengekalkan pilihan mengambil semua langkah diperlukan,” kata Xi kepada delegasi Parti Komunis di Dewan Besar Rakyat, Beijing.

China menganggap Taiwan yang mempunyai pentadbiran sendiri sebagai sebahagian daripada wilayahnya, untuk dituntut semula satu hari nanti termasuklah menggunakan ketenteraan jika perlu.

“Roda sejarah perpaduan nasional sedang bergerak ke hadapan,” tambah Xi. “Perpaduan tanah air tercinta perlu dicapai dan akan dicapai.”

Xi mengecam “pemisahan dan campur tangan” dalam perkara itu.

Beliau turut memuji peralihan Hong Kong daripada “huru hara kepada tadbir urus” selepas pelaksanaan undang-undang keselamatan pada 2020 yang mengekang semua bantahan di kota yang lantang bersuara itu. – AFP, 16 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen