Amerika Syarikat pada Khamis menuduh Moscow secara terbuka melanggar perjanjian era Perang Dingin dengan membangunkan apa yang disifatkan Presiden Russia Vladimir Putin sebagai generasi baru senjata hipersonik “kebal” dan kapal selam.
Putin mendedahkan senjata terbaru itu awal Khamis ini dalam satu perutusan, menambahkan lagi ketegangan ketenteraan antara kedua-dua negara menjelang pilihan raya presiden yang dijangka akan dimenanginya.
Putin meninggalkan kebiasaannya di Kremlin tahun ini untuk berucap di pusat pameran berdekatan - yang membolehkannya menunjukkan siri montaj video yang memaparkan misil menyusur menyeberangi kawasan pergunungan dan lautan, menuju ke arah Atlantik sebelum menceroboh kawasan pantai timur Amerika Syarikat.
Beliau memetik ucapannya pada 2004, yang bersumpah bahawa Rusia akan membangunkan senjata generasi terbaru - satu janji yang telah dikotakan kini.
Beliau mendedahkan senjata terbaru itu sebagai reaksi terhadap pendedahan Amerika Syarikat yang dikatakan mahu mengubah suai senjata nuklearnya dan membangunkan senjata atom terbaru. – AFP, 2 Mac, 2018.
Komen