Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung ebola


Sekatan perjalanan daerah yang dilanda ebola dkuatkuasakan di Uganda bagi membendung penularan Ebola. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2022.

UGANDA mengenakan sekatan perjalanan masuk atau keluar dari daerah yang dilanda ebola semalam bagi membendung penularan penyakit berjangkit itu.

“Tiada pergerakan masuk dan keluar dari daerah Mubende dan Kasanda dibenarkan,” kata Presiden Yoweri Museveni dalam ucapannya menerusi televisyen, lapor Agensi Anadolu.

Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.

Uganda mengisytiharkan wabak ebola bulan lalu selepas penyakit itu dikesan di daerah tengah Mubende.

Museveni berkata 19 meninggal dunia dan 58 kes lagi disahkan.

Pemimpin Uganda itu berkata semua kes pengebumian di kedua-dua daerah itu, sama ada disebabkan Ebola atau tidak akan dijalankan pasukan tindak balas kesihatan dan ujian akan dijalankan.

Beliau juga berkata semua tempat ibadat dan hiburan akan ditutup.

Wabak ebola melanda negara Afrika Timur itu sepanjang dua dekad lalu yang setakat ini sudah meragut ratusan nyawa. – Bernama, 16 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen