20 maut insiden bas terbabas di Colombia


Sekurang-kurangnya 20 maut dan 15 lagi cedera selepas sebuah bas hilang kawalan di Lebuhraya Pan-Amerika di barat daya Colombia, semalam. – Gambar AFP, 16 Oktober, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA 20 maut dan 15 lagi cedera selepas sebuah bas hilang kawalan dan terbabas di Lebuhraya Pan-Amerika di barat daya Colombia, semalam.

Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari bandar pelabuhan Tumaco menuju ke Cali, yang terletak kira-kira 320km ke timur laut Colombia.

“Kemalangan itu merekodkan 20 kematian,” kata jurucakap jabatan polis trafik Narino, Kapten Albertland Agudelo.

Antara yang tercedera dalam kejadian itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Pengarah trafik dan pengangkutan kawasan itu, Kolonel Oscar Lamprea berkata pasukan penyiasat sedang meneliti kemungkinan kegagalan mekanikal pada sistem brek sebagai punca insiden berkenaan.

Laporan awal menunjukkan pemandu bas hilang kawalan selepas melalui kawasan selekoh yang berkabus.

Pasukan penyelamat polis dan bomba mengambil masa sembilan jam untuk mengangkat bas itu sebelum dapat mengeluarkan penumpang yang terselamat dan terkorban. – AFP, 16 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen