Pelumba drag maut ketika perlumbaan di Gong Badak, kata penganjur


Peserta perlumbaan drag, Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 di Gong Badak, Terengganu sebentar tadi. – Gambar Facebook, 15 Oktober, 2022.

PERLUMBAAN Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak dekat Kuala Nerus dihentikan serta-merta, selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.

Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.

Menurut penganjur, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini dan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.

“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.

“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yg akan ditentukan kelak,” kata kenyataan itu.

Dilapor peserta perlumbaan drag, Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 sebentar tadi.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas. – Bernama, 15 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen