Korban bot karam di Kemboja meningkat 11 orang


Perdana Menteri Kemboja Hun Sen semalam menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika banjir besar yang menyebabkan paras Sungai Mekong naik. – Gambar AFP, 15 Oktober, 2022.

JUMLAH kematian dalam kejadian bot karam yang membawa lebih muatan di selatan wilayah Kandal Kemboja pada malam Khamis meningkat kepada 11 orang.

Usaha menyelamat sudah dihentikan, lapor Xinhua memetik jurucakap.

Naib presiden pertama Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pengurusan Bencana Kun Kim yang mengetuai operasi menyelamat itu berkata usaha menyelamat berakhir pada 6.15 pagi waktu tempatan selepas mayat terakhir ditemukan. 

Kejadian itu berlaku di Sungai Mekong, apabila bot yang membawa 15 penumpang termasuk dua anak kapal serta 13 pelajar, karam kira-kira 50 meter dari tebing sungai di wilayah Kandar di Daerah Leuk Daek.

Ketua Polis wilayah Kandal, Chhoeun Soche berkata 11 yang maut terdiri lapan pelajar lelaki dan tiga perempuan berumur antara 12 dan 14 tahun manakala empat yang terselamat terdiri dua anak kapal dan dua pelajar. – Bernama, 15 Oktober, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen