Bot terbalik di Dhaka, 3 maut


Menurut saksi penumpang bot itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri perayaan. – Gambar AFP, 15 Oktober, 2022.

TIGA orang terbunuh selepas sebuah bot terbalik di Sungai Shitalakkhya, di Dhaka, Bangladesh pada Jumaat.

Pegawai Bomba dan Pertahanan Awam Rashid Khalid berkata operasi menyelamat telah pun selesai tengah malam tadi dan punca kejadian masih disiasat, lapor Agensi Anadolu.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 9.45 malam (1530 GMT) waktu tempatan.

Menurut saksi penumpang bot itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri perayaan. – Bernama, 15 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen